HUjan OH huJAN
Salam ceria dipagi Isnin yang indah dan nyaman ini....alhamdulillah walaupun pagi ini hujan turun dengan lebatnya namun tidak mematahkan semangat anak-anak muridku untuk menghadirkan diri ke sekolah. Termasuklah juga diri saya ini, maklumlah hari Isnin ini moodnya semacam aje kan...."monday blues"lah katakan.....hehehehe...
Seperti biasa perhimpunan pagi dan bacaan doa serta nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Johor dan yang pasti Lagu PASTI tak ketinggalan didendangkan dan diperdengarkan oleh murid-muridku dalam suasana yang sangat nyaman dan dingin.....
Setelah tiga bulan saya berada di tadika ini terasa happy semacam dan sangat teruja dengan keletah anak-anak muridku yang sangat comel dan pelbagai kerenahnya....Pagi ini selesai bacaan doa dan hafazan saya terus memberi penerangan tentang pengenalan bagaimana cara menulis abjad "a-g" dengan cara yang betul. Dengan penuh confident saya memberi paper work untuk murid-murid siapkan sementara saya dan Cikgu Bibah membuat surprise birthday party untuk anak-anak murid kami......
TERKUCIL
Dalam pada, masa sibuk membuat persiapan sambil meninjau-ninjau kerja murid-murid tiba-tiba,,,,,,,
Alamak!.....seorang dari muridku telah terkencing dalam seluar......huhuhu.......oleh kerana hari hujan dan mungkin cuaca sejuk tu yang terkucil agaknya......dah ketandas tapi tak sempat......apa boleh buat....itulah ujian dan dugaan sebagai seorang guru tadika.......
ACARA DITERUSKAN
Selesai menguruskan murid yang terkucil tadi.....saya pun menyibukkan diri membantu apa yang patut. Persiapan sangat sederhana tetapi amat bermakna bagi murid-murid kami....sebagai tanda kami menghargai kehadiran mereka dalam hidup kami.....Bagi kami mereka adalah anak-anak kami walaupun mereka bukan dari rahim kami......
Seramai empat kumbang dan sekuntum bunga yang sedang mekar kami raikan. Alangkah gembiranya mereka kami lihat.....antaranya ialah Muhammad Syamil Aiman (6tahun), Muhammad Rafiq Ikhwan (6tahun) Muhammad Danish(5tahun), Muhammad Nur Ammal Fauzan (5tahun) dan Nurul Shahira Najieha (6tahun). Semoga mereka diberkati dan dilimpahkan rahmat dalam kehidupan serta panjang umur dan dikurniakan kepandaian yang luarbiasa, juga dilapangkan dada dalam menimba ilmu dunia dan akhirat.....
No comments:
Post a Comment